Untuk makluman, Audit Surveillence MS…
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru…
Pejabat Daerah Dan Tanah, menyediakan…
NEWS MORE LINK
Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman ini Bantuan Rakyat 1Malaysia.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pejabat Daerah & Tanah Jerantut,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan,
27000 Jerantut,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-2663511 / 5511 / 5512
Faks : 09-2665513




