Logo pdt 01

Apa itu Cukai Tanah ?

Mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah adalah ditakrifkan seperti berikut : Apa-apa jumlah wang tahunan yang dikenakan ke atas tanah yang dimiliki dan perlu dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ia meliputi keseluruhan tanah dan semua benda yang ada pada tanah tersebut termasuklah bangunan, rumah, kawasan pertanian, sungai, lombong dan sebagainya.

Siapa Yang Perlu Membayar Cukai Tanah ?

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap pemilik tanah berdaftar atau wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah.

Mengapa Perlu Membayar Cukai Tanah ?

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah atau wakil bagi pihaknya untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) setiap tahun tanpa perlu menunggu pemakluman melalui bil hasil. Pengeluaran bil hasil hanya merupakan satu inisiatif/usaha Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memaklumkan kepada pemilik tanah supaya menjalankan tanggunghawab menjelaskan cukai tanah. Pemilik yang tidak menerima Bil Cukai Tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada setiap awal tahun, boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Daerah dan Tanah yang berhampiran dengan membawa geran tanah atau resit tahun sebelumnya yang berkaitan untuk semakan di kaunter.

Bilakah Sepatutnya Membayar Cukai Tanah ?

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 : Cukai tanah hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Sekiranya tidak dijelaskan pada 1 Jun, ianya akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut dan akan dikenakan denda lewat sebanyak 10% ke atas cukai semasa.

Bagaimana Pembayaran Boleh Dibuat ?

Pembayaran boleh dibuat dengan beberapa kaedah :

1. Secara tunai
2. Bank Draf/ Wang Pos/ Kiriman Wang/ Cek atas nama "PENTADBIR TANAH JERANTUT"
3. Secara online melalui CIMB Clicks
4. Secara online melalui FPX di https://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
    
    Bank yang terlibat bagi pembayaran FPX adalah :

    1. CIMB Bank Berhad
    2. Maybank Berhad
    3. Bank Islam Berhad
    4. Public Bank Berhad
    5. Hong Leong Bank Berhad

Di Mana Pembayaran Boleh Dibuat ?

Pembayaran boleh dibuat di semua Pejabat Daerah dan Tanah dalam Negeri Pahang.

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 28 November 2017.