Logo pdt 01

JERANTUT, 02 September - Sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2016 telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut pada 31 Ogos 2016. Majlis telah dirasmikan oleh YM. Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah, Pegawai Daerah Jerantut. Laungan Merdeka sebanyak tujuh (7) kali telah dilaungkan dengan penuh semangat oleh Pegawai Daerah Jerantut.

Sebanyak tiga puluh (30) kontinjen telah menyertai Perbarisan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Kontinjen terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Swasta, Institut Pengajian Tinggi dan NGO. Sambutan telah dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen-kontinjen yang berpakaian cantik dan penuh bersemangat menunjukkan tanda cintakan kemerdekaan yang telah dikecapi selama 59 tahun.


webmerdeka

 

Sambutan kali ini mempertandingkan tiga (3) kategori iaitu Sepanduk Terbaik, Pakaian Terbaik dan Perbarisan Terbaik. Bagi Kategori Sepanduk Terbaik telah dimenangi oleh kontinjen dari Pusat Latihan Teknologi Jerantut (ADTEC). Manakala bagi kategori Pakaian Terbaik telah dimenangi oleh kontinjen dari Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut. Pejabat Agama Daerah Jerantut pula telah merangkul juara bagi kategori Perbarisan Terbaik. 

pemenang

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 09 February 2017.