Logo pdt 01

JERANTUT, 27 September - Majlis Sambutan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 24 September 2016 bertempat di Dewan Besar, Majlis Daerah Jerantut. Majlis telah bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang. Sepanjang sambutan berlangsung, terdapat pameran oleh Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO. 

Selain itu, beberapa pertandingan juga dijalankan iaitu Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak, Pertandingan Koir, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Selfie dan Wefie. Pemeriksaan kesihatan secara percuma juga boleh didapati dalam majlis tersebut.

Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob. Majlis juga turut dihadiri oleh YB. Dato' Haji Shafik Fauzan bin Haji Sharif, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur. 


webharimalaysia

 

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 21 August 2017.