Logo pdt 01

JERANTUT, 11 Disember - Sebuah van dan sebuah kereta tenggelam apabila paras air sungai naik secara mendadak di jeti Kuala Tahan, di sini pagi tadi. Air sungai dipercayai naik kesan daripada hujan lebat yang berterusan bermula petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azid Ismail berkata, pihaknya tidak menafikan kejadian terbabit namun menegaskan paras air Sungai Pahang masih di bawah paras normal. Menurutnya, kejadian berlaku berikutan pemandu meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang tidak digalakkan kerana tempat itu dipercayai mudah dinaiki air berdasarkan keadaan cuaca kini.

"Bagaimanapun sehingga kini pihak kami masih belum menerima sebarang aduan dari pemilik kedua-dua kenderaan berkenaan", katanya. Dipercayai van milik sebuah syarikat pelancongan di sini dikatakan diletakkan di situ kerana rosak manakala kereta terbabit dipercayai disewa oleh pelancong asing. Azid dalam pada itu mengingatkan kepada pelancong Taman Negara Kuala Tahan untuk mengambil langkah berjaga-jaga selain meletakkan kenderaan di tempat yang selamat.

 

van tenggelam

 

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 13 January 2017.