Logo pdt 01

Jerantut, 31 Julai – Sempena kedatangan Sukan Sea, Larian Obor Kuala Lumpur 2017 telah diadakan di Daerah Jerantut pada 28 dan 29 Julai 2017. Larian Obor Kuala Lumpur 2017 telah bermula dari perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Daerah Jerantut ke Jeti Kuala Tahan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Obor telah dibawa oleh Pegawai Daerah Jerantut, YM. Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah dan diserahkan kepada ADUN Kuala Tahan, YB. Dato' Wan Amizan bin Wan Abdul Razak.

Program telah dirasmikan oleh YB. ADUN Kuala Tahan. Larian Obor dibawa merentasi Canopy Walk di Kuala Tahan oleh Pejabat Belia dan Sukan Negeri Pahang sebagai gimik pelancaran.

Pada keesokan harinya, Larian Obor Kuala Lumpur 2017 telah dibawa oleh Ketua Jabatan secara bergilir-gilir sepanjang 5 kilometer di sekitar Bandar Jerantut. Larian bermula dari Kompleks Belia dan Sukan Daerah Jerantut dan berakhir di Terminal Bas Inderapura, Jerantut. Seterusnya, obor telah diserahkan kepada Daerah Bentong.

 IMG20170728104847 web

IMG20170728105011-web

IMG20170728105725-web

IMG20170729091253-web

IMG20170729091411-web

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 21 November 2017.