Logo pdt 01

Jerantut, 23 Ogos – Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang Kali ke-4 Tahun 2017 telah diadakan dengan jayanya pada 17 hingga 19 Ogos 2017 bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kampus Gambang, Kuantan. Kejohanan pada kali ini melibatkan acara sukan Golf, Boling, Bola Jaring, Bola Tampar, Sepak Takraw, Badminton, Ping Pong, Dart, Congkak dan Karom.

Bagi Kontinjen Kela DATA Baru, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah memenangi tempat pertama dalam acara sukan Bola Tampar dan tempat ketiga bagi acara sukan Badminton dan Boling.

Pada 19 Ogos 2017 diadakan Majlis Makan Malam dan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan yang telah dirasmikan oleh YH. Dato' Khairulanuar bin Mahmood, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang (Pembangunan). Majlis turut diserikan dengan persembahan band, persembahan montaj dan persembahan tarian cilik dari Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Kuantan.

Juara bagi Kejohanan kali ini dimenangi oleh PETANDA yang menerima cek bernilai RM 15,000.00 dan Piala Pusingan. Naib Juara pula dimenangi oleh PETALIAN yang menerima cek bernilai RM 10,000.00 dan tempat ketiga disandang oleh PESAKA yang menerima cek bernilai RM 7,000.00. Manakala bagi Kontinjen Kelab DATA Baru hanya berjaya meraih tempat keenam. Syabas dan Tahniah. 

IMG 0123

IMG 0458

IMG 0495

IMG 0566

IMG 0673

IMG 0679

 

 

 

 

 

 

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 28 November 2017.