Logo pdt 01

Jerantut, 08 Januari – 2017 telah berlalu, hadir kini 2018. Sempena tahun baru 2018, satu Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai Daerah dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diadakan pada 8 Januari 2018 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Semua Pegawai dan Kakitangan telah hadir dalam masjlis tersebut.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya sesi motivasi kepada semua telah disampaikan oleh Encik Afiq bin Radzuan, Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pengurusan Daerah. Beliau telah menyampaikan motivasi yang bertajuk Pekerja Cemerlang di mana sebagai pekerja kita perlu mengamalkan positif minda dalam kehidupan seharian. Seterusnya sesi ucapan dan Amanat Tahun Baru 2018 telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Jerantut, YM. Tengku Dato' Nor Asmaliza binti Ku Lah. YM. Tengku berharap semoga tahun ini semua diberi keberkatan dan kesihatan yang baik serta segala impian pada tahun 2017 telah tercapai.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyampaikan beberapa kejayaan yang diperoleh oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Antaranya adalah pencapaian Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tahun 2017 yang telah berjaya mendapat Naib Johan di dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Pahang. Selain itu, pencapaian jabatan di dalam Sukan Pentadbiran Tanah Negeri Pahang juga perlu dibanggakan. Di akhir ucapan, beliau mengharapkan agar semua kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut terus berdedikasi dalam menjalankan amanah yang diberi.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian 3 anugerah kepada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Anugerah Kakitangan Berdedikasi telah diberikan kepada Puan Madziah binti Hashim , Pembantu Tadbir di Bahagian Pengurusan Daerah. Manakala Anugerah Kakitangan Paling Sempoi diberikan kepada Encik Mohd Shahizan bin Sharifudin, Penolong Jurutera di Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Anugerah Paling Ceria diberikan kepada Cik Syazana binti Kama Nadzha, Pembantu Tadbir di Bahagian Pengurusan Daerah.

WhatsApp Image 2018-01-08 at 10.03.01

WhatsApp Image 2018-01-08 at 10.03.01 1

WhatsApp Image 2018-01-08 at 10.03.01 2

 

 

 

 

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 11 January 2018.