Logo pdt 01

Kuala Terengganu, 25 November - Primula Beach Hotel menjadi pilihan untuk menyambut Hari Keluarga Kelab DATA Baru, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut bagi tahun 2012. Hari Keluarga kali ini diadakan bermula pada 23 November 2012 sehingga 25 November 2012 melibatkan 78 orang ahli Kelab DATA Baru.

Seawal jam 7.00 pagi, semua ahli Kelab DATA Baru bersama keluarga masing-masing telah berkumpul di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dan seterusnya bertolak ke Kuala Terengganu dengan menaiki 4 buah bas. Setibanya di Hotel Primula, semua ahli mendaftarkan diri untuk mengikuti setiap aktiviti yang telah dirancangkan.

Aktiviti pertama yang diadakan pada malam 23 November 2012 (Jumaat) ialah berjalan-jalan di sekitar 'Payang Walk', Kuala Terengganu. Di sana telah berlangsung persembahan wayang kulit di samping boleh melawat ke gerai-gerai yang ada.

Keesokan harinya, aktiviti telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Puan Siti Aisah binti Mohamad Daud. Acara pertandingan mewarna juga diadakan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke 6 tahun yang telah dimulakan oleh YH. Dato' Syed Ab. Mutalib bin Syed Hassan, Pegawai Daerah Jerantut.

Kemudian aktiviti diteruskan dengan acara sukaneka.  Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah selipar gergasi, lari tiga kaki, isi air dalam botol, pecah belon, rebut kerusi, lari dalam guni, bola sepak pantai serta semakin jauh semakin sayang. Bermacam-macam ragam dan gaya ditonjolkan oleh semua yang hadir. Sukaneka kali ini telah dibahagikan kepada lima buah rumah sukan iaitu oren, merah, biru, hijau dan kuning. Rumah Kuning telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dan membawa pulang piala pusingan.

Bagi yang ingin membeli belah, semua ahli dan keluarga telah di bawa ke Pasar Payang pada waktu petang.

Acara kemuncak bagi Hari Keluarga 2012 kali ini adalah Majlis Makan Malam Hari Keluarga Kelab DATA Baru yang bertemakan 'Glitter- Bling Bling'. Majlis telah diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Majlis telah bermula pada jam 8.00 malam. Sambil menjamu selera, hadirin dihiburkan dengan tayangan gambar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada siang hari. Seterusnya para hadirin juga dihiburkan dengan sesi cabutan bertuah serta acara teka-teki. Majlis juga diserikan dengan nyanyian karaoke oleh beberapa orang ahli kelab.

Pada 25 November 2012 (Ahad), kesemua ahli dan keluarga meninggalkan Kuala Terengganu dengan pelbagai memori-memori indah yang telah tercipta.

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 11 January 2018.