Logo pdt 01

Setiap negeri di negara ini dibahagikan kepada beberapa kawasan yang dinamakan sebagai Daerah. Daerah merupakan peringkat pelaksanaan bagi projek pembangunan. Sebenarnya projek-projek tersebut dirancang pada peringkat pusat, tetapi pelaksanaannya adalah di peringkat daerah. Sesebuah daerah akan ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Pegawai Daerah. Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut merupakan pejabat utama di peringkat daerah Jerantut.

Di dalam pentadbiran daerah pula dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama ialah Pentadbiran Daerah yang mana mewakili sebagai pusat pentadbiran, Pentadbiran Mukim dan akhir sekali ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Pejabat Daerah juga bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan Jawatankuasa Perancangan Daerah. Kedua-dua jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh ketua pentadbiran itu sendiri iaitu Pegawai Daerah Jerantut.

Di dalam daerah pula akan dipecahkan kepada beberapa kawasan kecil yang dikenali sebagai Mukim. Pengurusan pentadbiran di setiap mukim akan diketuai seorang kakitangan kerajaan yang diberi nama Penghulu. Tugas seorang Penghulu ini adalah membantu Pejabat Daerah dan agensi kerajaan yang lain untuk melaksanakan program pembangunan dan juga projek-projek pembangunan. Tugasnya juga melibatkan penyelarasan kerja pembangunan di peringkat kampung.

Di peringkat pentadbiran yang terendah sekali di dalam pentadbiran daerah ialah peringkat kampung. Beberapa kampung akan bergabung dan akhirnya menjadi mukim. Kampung-kampung tersebut akan diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Ketua Kampung. Ketua Kampung ini dilantik oleh kerajaan negeri dan mereka hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan yang terdapat di dalam kampung tersebut. Mereka biasanya bertindak melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk membantu pentadbiran daerah dalam melaksanakan program projek pembangunan.

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 17 October 2017.