Logo pdt 01

Sebelum diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Jerantut termasuk di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuala Lipis. Pada tahun 1951, Jerantut telah ditadbir dari Kuala Lipis dan dianggap sebagai satu daerah kecil (Sub. District) dan ianya ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah (Penolong Pemungut Hasil Tanah).

Manakala pada 1 Januari 1959, pemasyhuran Jerantut sebagai sebuah daerah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan pada tarikh tersebut juga seorang Pegawai Daerah dilantik untuk tujuan membantu mentadbir daerah ini. Maka pada tarikh itu bermulalah pembangunan Daerah Jerantut yang pada awalnya berpusat di bangunan lama (Rest House yang ada sekarang).

Apabila menjelang tahun 1990 sebuah bangunan baru telah siap dibina bagi tujuan menggantikan bangunan lama (sebelah mahkamah). Bangunan baru itu menempatkan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dan bangunan tersebut dikenali sebagai Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Jerantut dan dirasmikan pada 6 Ogos 1990 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Mengimbau kembali sejarah pembinaan bangunan Pejabat Daerah Jerantut ini adalah disebabkan oleh kedudukannya yang agak berselerak antara satu sama lain dengan pejabat-pejabat kerajaan yang penting.

Oleh itu perancangan yang dibuat pada tahun 1979 iaitu untuk membina sebuah kompleks pentadbiran kerajaan telah mencapai kata putus dan telah diluluskan.

Kompleks pentadbiran kerajaan yang baru ini telah dimulakan pembinaannya pada 4 November 1986 dan bangunan ini telah siap sepenuhnya pada 3 Julai 1989. Bangunan kompleks ini adalah setinggi dua tingkat.

Rekabentuk kompleks ini telah dicipta sendiri oleh bahagian arkitek Jabatan Kerja Raya Pahang. Ia mencerminkan senibina tempatan   lantas menjadikan bangunan ini di antara kompleks pentadbiran kerajaan terawal yang dibina di Negeri Pahang. Sebagaimana yang difahamkan rekabentuk ini telah menjadi panduan asas kepada pembinaan pelbagai kompleks pentadbiran yang lain di sini di samping menjadi mercu tanda daerah ini.

Pada dasarnya pemilihan lokasi ini adalah sangat strategik disebabkan ia berhampiran dengan kawasan Bandar Jerantut yang mana ianya sudah pasti memudahkan orang awam untuk berurusan di situ.

Berikutan dengan proses ‘desentralisasi’ terdapat pelbagai jabatan dan agensi yang beroperasi di peringkat daerah. Pejabat Daerah hanya merupakan sebuah organisasi yang terdapat di dalam daerah tersebut. Walau bagaimanapun Pejabat Daerah merupakan agensi yang terkanan sekali pada peringkat tersebut. Selaras dengan kedudukan ini Pejabat Daerah diberi tanggungjawab untuk menyelaras semua jabatan dan agensi yang ada di dalam daerah.

Oleh itu, kompleks ini telah menjadi tumpuan dan pusat kepada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan.   Antara jabatan yang terdapat di dalam kompleks ini adalah seperti Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut, Jabatan Kerja Raya Daerah Jerantut dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Jerantut.

Sehingga hari ini, kompleks kerajaan yang mana telah menempatkan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut ini sentiasa membuat penambahbaikan dari segi pelbagai sudut seperti dari segi struktur fizikal dan juga dari segi kemudahan yang terdapat di dalam bangunan kompleks itu sendiri yang mana ianya sejajar dengan imej sebagai salah sebuah agensi dan jabatan yang terpenting sekali di dalam daerah ini.

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 13 January 2017.