Logo pdt 01

Khidmat Pengurusan | Pembangunan | Pengurusan Tanah

Bahagian Khidmat Pengurusan berperanan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warga Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut melalui pengurusan berkualiti yang lebih efektif, efisyen dan mesra pelanggan.

Bahagian Khidmat Pengurusan terbahagi kepada empat (4) unit utama iaitu :-

1. Unit Pentadbiran dan Kewangan
    i. Pengurusan Data (HRMIS)
2. Unit Majlis dan Keraian
3. Unit Teknologi Maklumat
4. Unit Keselamatan

Perkhidmatan yang diberikan oleh empat (4) unit tersebut ialah :

1. UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  1. Menguruskan hal-hal berkaitan jawatan, pengesahan jawatan/pelanjutan tempoh percubaan, penangguhan/pemangkuan kerja, pertukaran, kenaikan pangkat, kemasukan ke dalam jawatan berpencen, persaraan, perletakan jawatan, kematian semasa perkhidmatan dan tindakan tatatertib.
  2. Mengurus hal-hal berkaitan penyediaan dan pembayaran gaji dan elaun, pesanan barang-barang kelengkapan pejabat, pembayaran dan pesanan tempatan, penyelenggaraan kontrak dan pembekalan serta penyediaan peruntukan tahunan.
  3. Mengurus hal-hal mengenai permohonan lesen perahu, barang-barang kawalan, lesen hiburan awam, panggung wayang, lesen penulis surat rayuan, lesen getah dan lesen arak.
  4. Menyelenggara dan menyediakan penyata-penyata/rekod/mengenai kutipan hasil/cukai dan tunggakan.
  5. Mengurus hal-hal mengenai kutipan hasil/cukai-cukai, perumahan dan pelbagai.

i. Pengurusan Data (HRMIS)

    1. Menguruskan data-data pegawai dan kakitangan di dalam sistem HRMIS.

 2. UNIT MAJLIS DAN KERAIAN

  1. Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan, keraian dan majlis rasmi kerajaan Negeri dan Persekutuan di peringkat daerah, mukim dan kampung.

 3. UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada Penjawat Awam dan Komuniti ke arah merealisasikan Program Kerajaan Elektronik di peringkat daerah.
  2. Menyelaras dan mengawasi penggunaan sistem aplikasi, peralatan, server dan lain-lain yang berkaitan.
  3. Membangun dan mengemaskini Laman Web Rasmi jabatan.
  4. Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan kakitangan.

4. UNIT KESELAMATAN

  1. Bertindak sebagai Urusetia Keselamatan Daerah, pengurusan bencana, gejala sosial, pendatang tanpa izin, penyakit berjangkit dan pemulihan gejala dadah di daerah.

 

 

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 23 May 2017.