Logo pdt 01

Khidmat Pengurusan | Pembangunan | Pengurusan Tanah | MyID 

MYKAD adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Nombor MyKad adalah nombor pengenalan diri yang unik bagi seseorang warganegara dan menjadi maklumat penting yang akan diperoleh dan disimpan oleh agensi kerajaan apabila seseorang warganegara sebagai individu berurusan dengan agensi kerajaan.

Namun begitu, pada masa kini masih ada perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan berkaitan dengan individu menggunakan nombor rujukan lain selain nombor MyKad. Contohnya apabila berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), individu mesti memberikan nombor rujukan masing-masing.

Sebagai usaha untuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan selaras konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, memperkenalkan satu inisiatif yang dikenali MyID.

MyID adalah satu inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi-agensi kerajaan.

Senarai perkhidmatan MyID  di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut ialah seperti berikut :

  1. Semakan Status Permohonan Rumah Kos Rendah Awam, Sederhana dan Swasta
  2. Semakan Status Pembayaran Rumah Kos Rendah Awam, Sederhana dan Swasta
  3. Semakan Status Tunggakan Bayaran Rumah Kos Rendah Awam, Sederhana dan Swasta
  4. Semakan Hakmilik Tanah Individu di Seluruh Negeri Pahang
  5. Semakan Status Tunggakan Cukai Tanah dari Tahun Mula Tertunggak Sehingga Tahun Semasa
  6. Semakan Jumlah Bayaran Denda Lewat Bayaran Cukai Tanah
  7. Permohonan Cetakan Bil Cukai Tanah
  8. Semakan Pengesahan Penjelasan Bayaran Cukai Tanah
  9. Semakan Status Permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
  10. Permohonan Pembaharuan Lesen Eksais

Untuk maklumat lanjut, senarai perkhidmatan MyID juga boleh dicapai di laman ini : MyID PDT Jerantut 

Statistik Perkhidmatan MyID

2011 | 2012 | 2013 | 2014 | 2015 | 2016 | 2017

 

 

 

ALAMAT KAMI

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JERANTUT
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 Jerantut
Pahang Darul Makmur

No. Tel : 09-2663511 
No. Faks : 09-2665513

Emel : pdjrt[at]pahang[dot]gov[dot]my

 

QR KOD MOBILE WEB

Layari Portal Pentadbiran Tanah versi mudah alih menerusi telefon bimbit dengan hanya melayari laman http://pdtjerantut.pahang.gov.my atau imbas QR kod di bawah :

qrcode

PAUTAN AGENSI

1malaysiabpajpaksnmampumscmygovmygovMobilepemudahspasprphg

IKUTI KAMI

  facebook icontwitter 2youtubew3c    

PEJABAT DAERAH & TANAH

KAUNTER PELAWAT

  • Kemaskini Terakhir : 21 August 2017.