Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

  • images/slideshow/1malaysia.jpg
  • images/slideshow/Selamat.jpg
  • images/slideshow/eaduan.jpg
  • images/slideshow/jombyrcukai.jpg
  • images/slideshow/like fb.jpg
  • images/slideshow/myid.jpg
  • images/slideshow/portal mobile.jpg

UTAMA

Senarai Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Tanah

Khidmat Pengurusan | Pembangunan | Pengurusan Tanah | MyID

Bahagian Pengurusan Tanah berperanan merancang dan mengurus pembangunan-pembangunan tanah di Daerah Jerantut selaras dengan matlamat kerajaan berasaskan Peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 dan pekeliling-pekeliling berkaitan.

Bahagian Pengurusan Tanah terbahagi kepada lima (5) unit utama iaitu :

  1. Unit Pembangunan Tanah 
  2. Unit Teknikal dan Penguatkuasaan
  3. Unit Pelupusan
  4. Unit Pendaftaran
  5. Unit Hasil

 

Perkhidmatan yang diberikan oleh lima (5) unit tersebut ialah :

 

1. Unit Pembangunan Tanah

  1. Permohonan tukar syarat pertanian kepada pertanian di bawah 4 hektar dan permohonan meminda syarat nyata tanah.
  2. Permohonan memansuhkan sekatan kepentingan.
  3. Permohonan tukar kategori kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan.
  4. Permohonan secara serentak pecah sempadan dan tukar syarat kegunaan tanah.
  5. Permohonan pecah sempadan.
  6. Permohonan pecah bahagian.
  7. Permohonan penyatuan tanah.
  8. Permohonan srahbalik semua bahagian tanah.
  9. Permohonan serahbalik sebahagian tanah (seksyen 200 ktn).
  10. Permohonan serahbalik dan berimilik  semula tanah.
  11. Permohonan hak lalu lalang.
  12. Permohonan kebenaran merancang OSC.
  13. Permohonan pengambilan balik tanah.
  14. Permohonan izin lalu TNB.
  15. Permohonan mendapatkan ulasan lombong daripada PTG :

     a) Lesen carigali
     b) Lesen penjelajahan
     c) Lesen melombong

 

2. Unit Teknikal dan Penguatkuasaan

 

1. Menerima dan memproses permohonan permit bahan batuan atas :

 

    • Tanah kerajaan
       
    • Tanah milik
    • Tanah lombong
    • Tanah rezab

 

2. Menerima dan memproses permohonan permit ruang udara di atas tanah kerajaan adn tanah rezab.
3. Menerima dan memproses permohonan permit mengutip hasil pertanian.
4. Menerima dan menyiasat aduan-aduan awam yang diterima bagi kes-kes kesalahan di bawah Seksyen 425 dan Seksyen 426 Kanun Tanah Negara.

 

3. Unit Pelupusan

1. Pelupusan tanah secara pemberimilikan individu.
2. Permohonan lesen pendudukan sementara.
3. Permohonan lanjutan tempoh pajakan hak milik.
4. Perkhidmatan pelupusan tanah kerajaan bagi tujuan perizapan untuk kegunaan awam.
5. Perkhidmatan pelupusan tanah dalam bentuk rancangan tanah kelompok (RTK).

4. Unit Pendaftaran

1. Pendaftaran hakmilik

    • Hakmilik sementara
    • Hakmilik Kekal

2. Pendaftaran urusniaga

    • Pindahmilik tanah
    • Gadaian /Lepas gadai

3. Pendaftaran bukan urusniaga

    • Kaviet
    • Perintah mahkamah
    • Pesaka
    • Nota

4. Perintah jual (lelong)
5. Kebenaran urusniaga
6. Permohonan pembahagian harta pusaka kecil
7. Pengesahan Ukur (PU)
8. Pengesahan pelan pra-hitungan

 

5. Unit Hasil

  1. Menyelaras dan memungut hasil

 

 

Anda Di Sini :Utama Info Jabatan Senarai Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Tanah