Tempat Menarik

TAMAN NEGARA PAHANG, KUALA TAHAN

Bagaimana Ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan

Papan Tanda Taman NegaraBandar yang terdekat ialah Bandar Jerantut. Perjalanan dari Kuantan dengan menaiki kereta atau pengangkutan awam mengambil masa antara 3 hingga 4 jam. Dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling, terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Jerantut. Dari Jeti Kuala Tembeling, pelawat akan menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling untuk jangka masa lebih kurang tiga jam untuk sampai ke Kuala Tahan. Tambang bot ialah RM 55.00 seorang sehala. Bot berlepas pada jam 1.00 petang setiap hari.

Pelawat juga boleh ke Taman Negara melalui jalan darat sejauh 68 km dengan hanya mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Bandar Jerantut.Pelawat yang menaiki kereta api akan berhenti di Stesen Kereta Api Jerantut.

 Permit dan Lesen

Setiap  pelawat mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00  setiap seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.

Penginapan

Jabatan PERHILITAN hanya menguruskan Taman Negara manakala kemudahan dan perkhidmatan diuruskan oleh masyarakat setempat dan pihak swasta. Bayaran sewaan tapak perkhemahan RM1.00 / seorang / malam.

Mutiara Taman Negara Resort menyediakan penginapan bagi pelawat yang ingin menginap di dalam kawasan Taman Negara. Penginapan juga terdapat di sekitar Kuala Tahan yang terdiri daripada banglo, suitechalet dan asrama. Terdapat juga tapak perkhemahan yang diuruskan oleh Mutiara Taman Negara Resort dan pengusaha tempatan di sekitar Kuala Tahan.


Tarikh Kemaskini: 30/01/2018 02:27:29

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 55 kali.


Kembali ke Atas