Berita

Pembersihan Pasca Banjir Daerah Jerantut di SMK Pulau Tawar
21 Jan 2021
JERANTUT, 21 Januari 2021 - Pembersihan pasca banjir di Daerah Jerantut dijalankan di kawasan-kawasan yang terkena dengan bencana banjir. Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut juga turut menyumbang tenaga untuk sama-sama membersihkan kawasan terjejas banjir.

Lawatan KDYMM Pemangku Raja Pahang ke Pusat Pemindahan Sementara Daerah Jerantut
07 Jan 2021
JERANTUT, 07 Januari 2021 - KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Jerantut pada 6 Januari 2021 (Rabu).

Mayat Uqail Iskandar Dijumpai
06 Jan 2021
JERANTUT, 06 Januari 2021 - Penduduk kampung menemui mayat Uqail Iskandar Zulkarnain, 23, yang hilang sejak Ahad lalu di Sungai Puas, dekat Kampung Gintong, pagi tadi. Ketua Kampung Gintong, Hasan Ashary Hitam, 64, berkata, mayat ditemui penduduk, Halim Hamzah, 30, yang ke sungai untuk meninjau keadaan air pada jam 7.30 pagi.

Makluman : Pembukaan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut
03 Jan 2021
JERANTUT, 3 Januari 2021 - Berdasarkan Keadaan semasa bencana banjir di Daerah Jerantut, adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut telah diaktifkan mulai 3 Januari 2021 (Ahad), jam 1100 pagi.

Kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Pelanggan
22 Dec 2020
JERANTUT, 21 Disember 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menganjurkan Kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Pelanggan di Dewan Auditorium ADTEC Jerantut.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 805 kali.
Kembali ke Atas