Arkib Berita

Pahang 360 200

Van tenggelam, air naik mendadak

Sebuah van dan sebuah kereta tenggelam apabila paras air sungai naik secara mendadak di jeti Kuala Tahan, di sini pagi tadi. Air sungai dipercayai naik kesan daripada hujan lebat yang berterusan bermula petang semalam.
Pahang 360 200

Sambutan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Pahang

Majlis Sambutan Hari Malaysia 2016 Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 24 September 2016 bertempat di Dewan Besar, Majlis Daerah Jerantut.
Majlis Persaraan kakitangan PDTJ

Majlis Persaraan kakitangan PDTJ

JERANTUT, 30 Oktober 2017 – Majlis Persaraan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diadakan pada 30 Oktober 2017 bertempat di Dewan Besar, Majlis Daerah Jerantut. Majlis dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Kakitangan yang bersara adalah Encik Sharudin bin Idris (Ketua Pembantu Tadbir), Puan Norma Yazan bin Mohamed (Pembantu Operasi) dan Puan Esah binti Abdul Rahim (Pelukis Pelan).
Laungan Merdeka Bergema Lagi

Laungan Merdeka Bergema Lagi

Jerantut, 02 September - Sambutan Hari Kebangsaan bagi tahun 2016 telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Pembangunan Belia dan Sukan Daerah Jerantut pada 31 Ogos 2016. Majlis telah dirasmikan oleh YM. Tengku Nor Asmaliza binti Ku Lah, Pegawai Daerah Jerantut.
Aidilfitri Disambut Meriah

Aidilfitri Disambut Meriah

Jerantut, 03 Ogos - Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Jerantut disambut meriah pada 19 Julai 2016 bertempat di Dataran Majlis Daerah Jerantut. Jamuan yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat telah bermula seawal jam 11.00 pagi.
Majlis Perasmian Masjid Kg. Bukit Rang, Pulau Tawar dan Majlis Berbuka Puasa serta Pengurniaan Sumbangan kepada yang memerlukan

Majlis Perasmian Masjid Kg. Bukit Rang, Pulau Tawar dan Majlis Berbuka Puasa serta Pengurniaan Sumbangan kepada yang memerlukan

PULAU TAWAR, 14 Jun 2017 – Majlis Perasmian Masjid Kg. Bukit Rang, Pulau Tawar dan Majlis Berbuka Puasa Serta Pengurniaan Sumbangan kepada yang memerlukan telah diadakan pada 14 Jun 2017, Rabu di Masjid Kg. Bukit Rang. Perasmian telah disempurnakan oleh KDYTM Pemangku Raja Pahang.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 171 kali.


Kembali ke Atas