Berita

Amanat Tahun Baru 2019

admin

JERANTUT, 11 Januari, 2019 – Sempena tahun baru 2019, Majlis Perhimpunan Pagi dan Amanat Tahun Baru 2019 telah diadakan pada 4 Januari 2019 bertempat di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut. Semua Pegawai dan Kakitangan telah hadir dalam masjlis tersebut.

Perhimpunan kali ini agak berbeza dengan tahun lepas. Ini kerana Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima pucuk pimpinan yang baru iaitu YM. Tengku Khairul Zahirah binti Tengku Kamaludin, Pegawai Daerah Jerantut. Di dalam perhimpunan ini, beliau telah mengingatkan kepada semua pegawai dan kakitangan agar menitik beratkan integriti dalam perkhidmatan awam.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas