Berita

Audit Pematuhan MS ISO 9001 : 2015 Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 02 Mac 2021 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah melaksanakan Audit Pematuhan MS ISO 9001 : 2015 pada 2 Mac 2021 (Selasa) di Bilik Gerakan, PDT Jerantut.

Sesi pengauditan telah dilaksanakan oleh AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Cik Tiara binti Rashid dan dibantu oleh Cik Nur Azzwa binti Omar. Sepanjang pengauditan, tiada sebarang ketidakakuran yang ditemui.

Tahniah kepada Pejabat Daerah Jerantut kerana telah mematuhi MS ISO 9001 : 2015.

J

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 11 kali.


Kembali ke Atas