Berita

Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan

pena_chu

JERANTUT, 26 Ogos 2020 - Bahagian Pengurusan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah berjaya melaksanakan Bengkel Pengurusan Aset Alih Kerajaan kepada seramai 40 orang kakitangan di jabatan ini. Bengkel tersebut yang bermula pada 24 Ogos 2020 dan berakhir pada 25 Ogos 2020 telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Peserta terpilih adalah meliputi seluruh Bahagian dan Unit di jabatan ini. Dikendalikan secara ceramah dan hands-on, bengkel ini telah mencapai objektifnya untuk melatih kakitangan menguruskan aset alih jabatan bermula dari proses penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira.

Penceramah yang telah dijemput bagi melaksanakan kesemua modul bengkel ialah Encik Mohd Ghazali bin Juson, Ketua Pembantu Tadbir (P/O) di Jabatan Agama Islam Pahang. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan dan aset jabatan telah banyak membantu memberi pencerahan dan pendedahan kepada peserta berkaitan pengurusan aset alih kerajaan. Bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nor Azrey bin Nordin, Penolong Pegawai Tadbir dalam majlis penutup pada 25 Ogos 2020 jam 4.00 petang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 18 kali.


Kembali ke Atas