Berita

Biar Kami Datang Kepada Anda

admin

ULU TEMBELING, 4 Mac 2020 - Program Kutipan Luar Cukai Tanah Daerah Jerantut bagi tahun 2020 telah bermula. Program "Biar Kami Datang Kepada Anda" telah bermula pada 17 hingga 21 Februari 2020.

Program di Ulu Tembeling ini melibatkan Kg. Mat Daling, Kg. Gusai,  Kg. Pagi, Kg. Bantal dan Kg. Kuala Sat. 

Manakala pada 3 Mac 2020 pula, program diteruskan ke Felda Sg. Retang bertempat di Kedai MARA, Felda Sg. Retang. 

Program ini memberi peluang kepada orang awam yang tidak berkesempatan untuk ke Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut untuk menunaikan kewajipan membayar cukai tanah di tempat anda sendiri. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas