Berita

Bukit Seladang Ditawan Sempena Hari Malaysia

pena_chu

JERANTUT, 17 September 2020 - Program Ekspedisi Mendaki Bukit Seladang Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Jerantut 2020 telah diadakan pada 16 September 2020. Program turut disertai oleh Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris dan Pengarah MOTAC Negeri Pahang, YH. Dato' Haji Idrus bin Yahya.

Program disertai oleh kira-kira 70 orang peserta terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Daerah, NGO, parti politik dan orang awam.

Program turut diserikan lagi dengan perasmian papan tanda 'I LOVE BUKIT SELADANG' sebagai salah satu daya tarikan baru serta bertujuan bagi mempromosikan lagi Bukit Seladang sebagai sebuah lokasi riadah bagi masyarakat dari dalam dan luar daerah Jerantut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 25 kali.


Kembali ke Atas