Berita

Sesi Public Engagement Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut Berkenaan Pindaan Cukai Tanah 2020

pena_chu

JERANTUT, 17 Januari 2020 - Sesi "Public Engagement" berkenaan Pindaan Cukai Tanah (PCT) 2020 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut di bawah kelolaan Unit Hasil dan Unit Pembangunan Tanah telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Jerantut dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Sesi ini telah disertai oleh orang awam, wakil JKKK, wakil dari Felda dan turut dihadiri oleh Dif-dif kehormat termasuk Pegawai Daerah Jerantut, YM Tengku Khairul Zahirah Binti Tengku Kamaludin dan  Ahli Dewan Undangan Negeri (Tahan), YB Encik Mohd Zakhwan Bin Ahmad Badaruddin yang bertujuan untuk memberi penjelasan kepada orang awam berkenaan Pindaan Cukai Tanah (PCT) 2020. Satu taklimat yang jelas berkenaan PCT 2020 telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Tuan Mohd Yusri Bin Mohd Nor.

Program yang pertama kali diadakan ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara orang awam dan Pegawai-Pegawai dari PDT Jerantut serta semakan cukai di kaunter pertanyaan bayaran cukai yang turut dibuka bagi memudahkan orang awam menyemak cukai dan menyuarakan kekeliruan berkenaan kadar cukai baru tahun 2020.           Diharap program ini dapat mencapai objektif utama dalam membantu masyarakat setempat khususnya di Daerah Jerantut mendapat kefahaman yang jelas mengenai Pindaan Cukai Tanah 2020. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 64 kali.


Kembali ke Atas