Berita

J4P Hybrid Selangkah Ke Hadapan

pena_chu

AMPANG, 09 September 2020 - Kumpulan J4P Hybrid selangkah lagi ke hadapan dengan menyertai Pertandingan Horizon Baru Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Jabatan Pengairan dan Saliran Tahun 2020 mewakili Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pahang. 

Pertandingan telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 8 September sehingga 9 September 2020.

Pertandingan kali ini diadakan di Dewan Dahlia, Jabatan Pengairan dan Saliran Cawangan Ampang. Sebanyak 14 kumpulan telah menyertai pertandingan kali ini. Barisan panel terdiri daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Universiti Teknologi Mara. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 20 kali.


Kembali ke Atas