Berita

Kakitangan Kerajaan Diminta Jaga Integriti, Tingkat Produktiviti

admin

JERANTUT, 11 Oktober 2019, Majlis Perjumpaan Setiausaha Kerajaan Pahang, YB Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak bersama warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut serta Majlis Daerah Jerantut telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut disini hari ini.

Dalam ucapannya, Dr Sallehuddin menyeru mereka meningkatkan produktiviti kerja serta menjaga integriti kakitangan kerajaan bagi memartabatkan negeri Pahang kearah negeri maju sejajar dengan saranan YAB Menteri Besar Pahang.

Beliau juga memberi beberapa cadangan untuk menambah baik pentadbiran dimana kakitangan Kerajaan diminta mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam semua aspek agar Pahang terus maju dan hasilnya meningkat.

Sektor seperti pembuatan, industri pertanian dan pelancongan hendaklah ditingkatkan lagi dengan mempelbagaikan aktiviti serta rancangan yang mampu meningkatkan hasil, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menambah kedatangan pelancong ke negeri Pahang yang sekaligus akan meningkatkan ekonomi negeri.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan),YH Dato' Mohd Zakaria Ibrahim.

Semoga segala perancangan berjalan lancar, Kerajaan Negeri Pahang terus maju jaya dan rakyatnya hidup aman dan makmur. InsyaAllah.

Sumber : Unit Komunikasi Dan Media Pahang

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas