Berita

Kemenangan Bermotivasi Untuk Kelab DATA Baru

pena_chu

TEMERLOH, 5 Mac 2020 - Perlawanan persahabatan antara Kelab DATA Baru, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dengan Kelab Sinar Gemilang, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 4 Mac 2020.

Gol permulaan telah diperolehi oleh Kelab DATA Baru 1-0 sehingga habis separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Kelab DATA Baru terus bangkit bersemangat dengan menjaringkan 2 gol lagi menjadikan jumlah jaringan 3-0.

Lima minit terakhir perlawanan, Kelab Sinar Gemilang berjaya membolosi gol pihak lawan dengan menjadikan jaringan terkini 3-1. Berbekalkan semangat yang tinggi, Kelab DATA Baru terus berusaha untuk menambah gol. Kejayaan menewaskan Kelab Sinar Gemilang 4-1 pada aksi persahabatan malam tadi adalah sebagai satu kemenangan bermotivasi kepada Kelab DATA Baru.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 43 kali.


Kembali ke Atas