Berita

Kursus Pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

pena_chu

JERANTUT, 19 Ogos 2020 - Kursus Pengendalian Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diadakan pada 17 hingga 18 Ogos 2020 bertempat di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Jerantut. Kursus telah dihadiri seramai lima belas (15) orang dari pelbagai Bahagian dan Unit di jabatan ini.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Fadzlee bin Mat Yassin @ Adnan, Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pahang. Kursus juga turut dibantu oleh Puan Nurul Mazliya binti Zakaria dari Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 12 kali.


Kembali ke Atas