Berita

Lawatan 'Benchmarking' PDT Bagan Datuk, Perak

admin

JERANTUT, 18 Mac 2019 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menerima lawatan 'benchmarking' daripada Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, Perak. Lawatan ini bertujuan untuk melihat projek-projek inovasi di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Lawatan telah diketuai oleh Encik Muhammad Amin bin Safie, Ketua Pegawai Daerah (Pembangunan), PDT Bagan Datuk.

Lawatan telah dihadiri seramai 20 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk.  Sesi taklimat telah diberikan kepada tetamu dengan dimulakan dengan taklimat yang pertama. Taklimat pertama bertajuk Sistem J4P yang disampaikan oleh Encik Afiq bin Radzuan, Penolong Pegawai Daerah (Fizikal). 

Kemudian, diikuti dengan taklimat yang kedua bertajuk Sistem J-Force yang telah disampaikan pula oleh Encik Mohd Yusri bin Mohd Nor, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah). Seterusnya para tetamu telah dibawa melawat ke setiap Bahagian dan Unit di PDT Jerantut. Para tetamu juga turut dibawa untuk melihat Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) Daerah Jerantut bagi melihat sendiri bagaimana Sistem J-Force berfungsi ketika PKOB dibuka. Sesi bergambar sebagai tanda lawatan telah mengakhiri lawatan pada kali ini.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 51 kali.


Kembali ke Atas