Berita

Majlis Cabut Undi Lot Peserta Felcra Sungai Poho

pena_chu

PULAU TAWAR, 18 Disember 2020 - Majlis Cabut Undi Lot Peserta Felcra Sungai Poho, Mukim Pulau Tawar, Jerantut telah diadakan di Dewan Terbuka Pulau Tawar. Majlis telah dihadiri oleh YB. Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Adun Kawasan Pulau Tawar. 

Turut hadir ke majlis tersebut YH Puan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris, YH Dato’ Zukarmi Abu Bakar dan wakil Felcra, Pengurus Besar Felcra, Tuan Haji Nor Zahari Zakaria serta ketua kepimpinan setempat. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 62 kali.


Kembali ke Atas