Piagam Pelanggan

BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH

BIL

PIAGAM PELANGGAN

1

Memproses permohonan Pemberimilikan Tanah Kerajaan, Lesen Pendudukan Sementara, Perizaban Tanah Kerajaan untuk dibawa ke Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah (JKPTD).

2

Memproses Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan untuk dikemukakan ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dalam tempoh 10 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

3

Memproses permohonan Meminda Syarat Nyata Tanah Daripada Pertanian Kepada Pertanian (Bagi Keluasan Yang Kurang Daripada 4 Hektar atau Hakmilik Pejabat Tanah) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

4

Memproses permohonan Menukar Kategori  Kegunaan  Tanah Daripada Pertanian Kepada  Bangunan dalam tempoh 6 bulan  selepas permohonan yang lengkap diterima.

5

Memproses Permohonan Tukar Syarat Kegunaan Tanah dan Serentak Pecah Sempadan dalam tempoh 6 bulanselepas permohonan yang lengkap diterima

6

Memproses Permohonan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula dalam tempoh 3 bulan  daripada terima permohonan OSC sehingga fail diangkat ke Pejabat Tanah dan Galian. 

7

Memproses Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagian Tanah Dan Penyatuan Tanah dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima

8

Memproses Permohonan Penyerahan Balik Sebahagian Tanah dan Keseluruhan Bahagian dalam tempoh selepas permohonan yang lengkap diterima

9

Memproses laporan tanah bagi Permohonan Lombong dalam masa 2 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima.

10

Memproses laporan tanah bagi permohonan daripada Urus setia Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan yang lengkap diterima

11

Menyempurnakan pendaftaran hakmilik baru dalam tempoh 3 hari.

12

Memproses Permohonan Hak Lalulalang Persendirian dalam tempoh 12 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima.

13

Menyempurnakan pendaftaran urusniaga dalam tempoh 1 hari selepas menerima perserahan yang lengkap di kaunter.

14

Menyempurnakan pendaftaran bukan urusniaga dalam tempoh 7 hari selepas menerima perserahan yang lengkap di kaunter.

15

Mengadakan siasatan perintah jual dalam tempoh 6 bulan dari tarikh terima permohonan perintah jual.

16

Memproses permohonan baru permit 4B dalam tempoh 6 bulan selepas permohonan yang lengkap diterima.

17

Memproses permohonan baru permit 4C dalam tempoh 30 hari selepas permohonan yang lengkap diterima.

18

Memproses penerimaan hasil tanah dalam tempoh 10 minit bagi setiap transaksi.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH

BIL

PIAGAM PELANGGAN

1

Menyempurnakan pembinaan projek-projek kecil (PAMS / Peruntukan Ahli Parlimen / Peruntukan ADN / Dana Khas / Keagamaan / lain-lain peruntukan dalam tahun kewangan semasa menikut arahan / garis panduan yang telah dikeluarkan.

2

Proses pendaftaran peserta e-kasih akan diangkat kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Focus Group Daerah diadakan.

BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH

BIL

PIAGAM PELANGGAN

1

Memastikan pembayaran bil dan tuntutan diselesaikan dengan kadar yang segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 103(a). 

2

Menyelesaikan aduan pelanggan mengikut keutamaan aduan:
Aduan mudah diselesaikan - 7 hari
Aduan sederhana kompleks - 30 hari
Aduan sangat kompleks  - 365 hari 

3

Memastikan keputusan permohonan lesen kedai runcit dan lesen rumah awam/rumah bir (Akta Eksasis 1976) dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari selepas tarikh akhir Mesyuarat Pelesenan Eksais diadakan

Tarikh Berkuatkuasa : 01 Mei 2020

Tarikh Kemaskini: 29/06/2020 14:45:48

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 285 kali.


Kembali ke Atas