Langgani Newsletter Kami

Berita Terkini


Taburan Kes Positif COVID-19 (Harian) Daerah Jerantut sehingga 14 September 2021

Taburan Kes Positif COVID-19 (Harian) Daerah Jerantut sehingga 14 September 2021

JERANTUT, 15 September 2021 - Taburan Kes Positif COVID-19 (Harian) Daerah Jerantut sehingga 14 September 2021 adalah sebanyak 3 kes baru dan 51 kes sembuh baru. Ini menjadikan jumlah kes aktif di Daerah Jerantut adalah sebanyak 392 kes.
Program vaksinasi orang asli di Pahang semakin memberangsangkan

Program vaksinasi orang asli di Pahang semakin memberangsangkan

​LIPIS, 14 September 2021 - Program vaksinasi Orang Asli secara ‘outreach’ yang dilaksanakan sejak Jun 2021 menunjukkan prestasi memberangsangkan dan menjadi batu loncatan kepada pemberian vaksin melibatkan keseluruhan masyarakat berkenaan di negeri ini. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penerimaan vaksin dalam kalangan Orang Asli kawasan pedalaman juga mendapat sambutan apabila ada dalam kalangan mereka turut datang ke klinik kesihatan dan Pusat Pemberian Vaksin berdekatan bertanyakan tentang vaksinasi.
Penerima BPP COVID-19 harap bantuan berterusan ke masjid

Penerima BPP COVID-19 harap bantuan berterusan ke masjid

LIPIS, 10 September 2021 - Penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 2021 sangat menghargai keprihatinan kerajaan negeri menerusi kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang memberikan bantuan menyeluruh kepada semua peringkat sama ada golongan pelajar, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit kronik sehinggalah kepada pihak pengurusan masjid.
Dua Lokaliti di Jerantut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Dua Lokaliti di Jerantut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

JERANTUT, 10 September 2021- Dua Lokaliti di Daerah Jerantut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Lokaliti tersebut adalah di Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh dan di Felda Sungai Tekam. PKPD ini berkuatkuasa mulai 10 September 2021 sehingga 23 September 2021.


Kembali ke Atas