Perutusan Pegawai Daerah

Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Alhamdulillah di dalam kesempatan yang sangat berharga ini, sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut (PDTJ) dalam melaksanakan segala tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2022. Pencapaian cemerlang tahun 2022 dan sebelumnya merupakan suatu manifestasi komitmen dan seluruh warga PDTJ.

Berbekalkan keyakinan ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada warga Daerah Jerantut. Dengan ketibaan tahun 2023 ini, maka bermulalah lembaran baru dalam kehidupan kita. Saya berharap agar semua warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut lebih  komited dalam usahanya bagi memastikan transformasi dalam semua aspek.

Setiap penjawat awam bertanggungjawab memperkasa dan mensejahterakan imej perkhidmatan awam kepada rakyat.Saya berharap seluruh warga kerja PDTJ untuk terus mengamalkan budaya kerja yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dan mengamalkannya serta membudayakan amalan kerja yang cemerlang dan berintegriti tinggi agar misi dan visi utama jabatan ini dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang pada tahun ini.

Akhir kalam, Selamat Datang ke Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Saya percaya dan yakin bahawa portal rasmi ini akan menjadi wadah rasmi dua hala dalam penyampaian maklumat yang lebih berkesan serta dapat memberi manfaat kepada semua.

Tarikh Kemaskini: 16/01/2023 09:07:05

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5117 kali.


Kembali ke Atas