Arkib Berita

Program Minggu Senam Sihat Kelab DATA Baru Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

Program Minggu Senam Sihat Kelab DATA Baru Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

JERANTUT, 19 Januari 2022 - Bagi membudayakan hidup sihat di tempat kerja, Kelab DATA Baru Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menganjurkan Program Minggu Senam Sihat Kelab DATA Baru. Program yang berlangsung selama satu jam ini telah diketuai oleh Saief Aiza, Saief Atie dan Saief Tengku.
Majlis Menandatangani Aku Janji Penjawat Awam

Majlis Menandatangani Aku Janji Penjawat Awam

​JERANTUT, 14 Januari 2022 - Majlis Menandatangani Aku Janji Penjawat Awam Lantikan Baru telah diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Seramai sebelas orang Penjawat Awam lantikan baru telah menandatangani Aku Janji di hadapan Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris.
Notis Penutupan Kaunter di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

Notis Penutupan Kaunter di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

Waktu operasi kaunter di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut akan ditutup pada 31 Disember 2021 (Jumaat) dan dijangka akan beroperasi semula pada 3 Januari 2022 (Isnin) Jam 8.30 pagi bagi proses penutupan akaun kewangan akhir tahun 2021.
Gotong Royong Pasca Banjir Di SMK Pulau Tawar

Gotong Royong Pasca Banjir Di SMK Pulau Tawar

​PULAU TAWAR, 25 Disember 2021 – Gotong royong pasca banjir telah diadakan di SMK Pulau Tawar yang melibatkan beberapa jabatan di Daerah Jerantut. YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail Menteri Besar Pahang juga turut sama membersihkan kawasan sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang Ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Jerantut

Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang Ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Jerantut

​JERANTUT, 22 Disember 2021 - KDYMM Pemangku Raja Pahang meneruskan misi bantuan banjir hari ini ke daerah Jerantut, Pahang. Baginda berkenan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir di daerah Jerantut yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah ini.
Mesyuarat Agong Kali Ke-27 Tahun 2020 Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

Mesyuarat Agong Kali Ke-27 Tahun 2020 Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

JERANTUT, 17 Disember 2021 - Mesyuarat Agong Kali Ke-27 Tahun 2020 Badan Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut atau lebih dikenali dengan nama Kelab DATA Baru telah diadakan pada 15 Disember 2021 secara hibrid di Bilik Gerakan, PDT Jerantut dan aplikasi Google Meet.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 907 kali.


Kembali ke Atas