Berita
Anda Pembayar Cukai Tanah Terawal Di Daerah Jerantut
JERANTUT, 26 Mei 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menyampaikan cenderamata kepada pembayar-pembayar cukai tanah terawal di Daerah Jerantut bagi tahun 2020 pada 21 Mei 2020.
Cenderamata telah disampaikan oleh wakil Pegawai Daerah Jerantut, Cik Wan Nashitah binti Othman, Penolong Pegawai Daerah. Seramai lima orang pembayar cukai tanah terawal telah menerima cenderamata pada hari tersebut.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 122 kali.
Kembali ke Atas