Berita

Audit Pematuhan MS ISO 9001: 2015

pena_chu

JERANTUT, 23 Disember 2022 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diaudit bagi Pematuhan MS ISO 9001:2015 bermula jam 9.00 pagi. Sesi pengauditan telah diketuai Puan Iffah Ruzali dibantu oleh Puan Adlina Suhaimi dan turut hadir bersama Encik Syah Redza daripada AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd.

Sesi pengauditan yang dijalankan selama satu hari ini melibatkan skop pensijilan yang telah didaftarkan di dalam MS ISO 9001:2015. Turut diadakan sesi temubual bersama Pegawai Daerah Jerantut, YH. Dato' Khairun Nissa binti Aris oleh Puan Iffah Ruzali.

Hasil pengauditan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah berjaya mengekalkan Sijil MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran.

Tahniah.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 16 kali.


Kembali ke Atas