Berita

Bengkel Pelupusan Rekod Dan Rekod Kewangan

pena_chu

JERANTUT, 05 Oktober 2022 - Bengkel Pelupusan Rekod dan Rekod Kewangan telah diadakan selama dua hari bermula pada 4 Oktober 2022 dan berakhir pada 5 Oktober 2022. Bengkel ini telah dihadiri seramai 40 orang kakitangan di jabatan ini yang terdiri daripada pelbagai jawatan.

Bengkel kali ini telah disampaikan oleh Puan Syazwani binti Salleh dan Puan Nordarwina binti Zainul Abidin daripada Jabatan Arkib Negeri Pahang.

Bengkel ini bertujuan untuk memahami dan mengenal pasti serta dapat menyelamatkan rekod bertaraf arkib. Bengkel ini juga turut membantu peserta memahami kerja-kerja pelupusan bagi tujuan pemindahan atau pemusnahan mengikut prosedur atau peraturan Arkib Negara.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas