Berita

Empat Majlis Mempertemukan Semua

pena_chu

JERANTUT, 19 Jun 2019 - Empat majlis telah dijalankan serentak di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut. Majlis ini telah mempertemukan semua pegawai dan kakitangan di setiap Bahagian dan Unit yang mana sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan kerja di jabatan.

Majlis telah dimulakan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-26 Kelab DATA Baru, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Beberapa usul telah dikemukakan di dalam mesyuarat pada kali ini. Seterusnya majlis diteruskan pula dengan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2018. Seramai dua belas (12) orang penerima telah menerima anugerah tersebut.

Bagi menghargai jasa pegawai dan kakitangan yang bersara, Majlis Jasamu Dikenang juga telah diadakan. Seramai tujuh (7) orang pegawai yang telah dan akan bersara pada tahun 2019 telah diraikan dalam majlis ini.

Majlis telah diakhiri dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Sebelum ini YM. Puan Pegawai Daerah telah mengagihkan duit raya kepada semua pegawai dan kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Majlis seumpama ini telah mengeratkan lagi jalinan ukhuwah bagi semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 147 kali.


Kembali ke Atas