Berita

Kami Datang Lagi

pena_chu

JERANTUT, 09 Julai 2020 - Program Kutipan Luar Cukai Tanah Daerah Jerantut bagi tahun 2020 kini datang lagi setelah hampir tiga (3) bulan ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kali ini kami kembali menemui masyarakat di kawasan-kawasan Felda. Program Kutipan Luar Cukai Tanah telah dilaksanakan pada 7 Julai 2020 di Felda Sungai Tekam Utara dan 9 Julai 2020 di Felda Sungai Tekam Getah. Program ini memberi peluang kepada masyarakat yang tidak berkesempatan untuk ke Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut untuk menunaikan kewajipan membayar cukai tanah di tempat anda sendiri. 

Untuk mengetahui di mana kami seterusnya, sila klik Jadual Kutipan Luar Cukai Tanah Daerah Jerantut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 89 kali.


Kembali ke Atas