Berita

Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang Bagi Lawatan Tidak Rasmi Ke Daerah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 7 Februari 2020 - KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan membuat  lawatan tidak rasmi ke Daerah Jerantut.  Baginda telah mencemar duli untuk menunaikan Solat Jumaat bersama-sama para jemaah yang lain di Masjid Tengku Ahmad, Jerantut. 

Setelah selesai baginda menunaikan solat Jumaat bersama-sama rakyat jelata, baginda telah berangkat ke Hotel Darul Makmur untuk santapan tengah hari yang disediakan dan turut mencemar duli ke Galeri Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut.  Keberangkatan baginda disambut dengan persembahan pertama dari Silat Pendekar Ahmad serta waris-waris Mat Kilau pahlawan tersohor Pahang.

Baginda juga tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan Pizza Anak Dol yang dikenali oleh penduduk Pantai Timur terutamanya yang turut menjadi ‘trademark’ bandar Jerantut. Baginda juga turut mencemar duli beriadah ke Bukit Istana dan bermain bola sepak di Padang FA, Jerantut.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 133 kali.


Kembali ke Atas