Berita

Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang Ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 22 Disember 2021 - KDYMM Pemangku Raja Pahang meneruskan misi bantuan banjir hari ini ke daerah Jerantut, Pahang. Baginda berkenan untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir di daerah Jerantut yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah ini.

KDYMM telah melawat ke 9 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Jerantut iaitu SMK Inderapura, SK Inderapura, SK Jerantut, SK Bandar Jerantut, SMK Padang Saujana, SK Teh, SK Pulau Tawar, Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 8 dan SK Pedah. Baginda telah berkenan untuk menyerahkan wang zakat dan juga mengurniakan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa-mangsa banjir bagi meringankan bebanan mereka.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas