Berita

Kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Pelanggan

pena_chu

JERANTUT, 21 Disember 2020 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah menganjurkan Kursus Komunikasi Berkesan dan Pengurusan Pelanggan di Dewan Auditorium ADTEC Jerantut.

Kursus telah disampaikan oleh Tuan Hafiz bin Mustapha, Perunding Imej dari CuteCarry Sdn. Bhd. Kursus telah dihadiri oleh kakitangan dari Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut serta kakitangan dari ADTEC Jerantut.

Turut hadir bersama Puan Halimah-Tus-Saadiah binti Mohd Halim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 101 kali.


Kembali ke Atas