Berita
Kursus Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Global Navigation Satellite Systems ( GNSS )
HULU CHEKA, 13 Ogos 2020 - Kursus Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Global Navigation Satellite Systems ( GNSS ) telah diadakan di Lata Lang, Hulu Cheka Jerantut. Ianya disertai oleh Penolong Pegawai Tanah dan Pembantu Awam di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Kursus Penggunaan dan Pengendalian Peralatan Global Navigation Satellite Systems ( GNSS ) ini bertujuan supaya setiap Penolong Pegawai Tanah dan Pembantu Awam dapat menperbaiki kerja-kerja pengukuran di lapangan dengan lebih tepat dan jitu supaya tiada perselisihan ikatan daripada tanda sempadan kepada kawasan yang di siasat dan disukat. Kursus dilaksanakan dengan peserta mendengar taklimat dan praktikal cara pengendalian GNSS. Kursus telah disampaikan oleh Bandwork GPS Solution Sdn Bhd.
Kembali ke Atas