Berita

Kursus Pengurusan Stress

pena_chu

JERANTUT, 11 Oktober 2022 – Stress atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan.

Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

Kursus Pengurusan Stress telah diadakan pada 11 Oktober 2022 bertempat di Bilik Seminar CIAST,ADTEC Jerantut.Kursus telah disampaikan oleh Encik Ahmad Zuki bin Mohamad dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Pekan.

 Kursus yang dihadiri oleh 40 orang peserta ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta tentang bahaya dan keburukan tekanan di tempat kerja . Kursus ini juga membantu meningkatkan kebolehan peserta untuk mengurus dan mengawal emosi dan tekanan di tempat kerja.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 17 kali.


Kembali ke Atas