Berita

Kursus Pengurusan Tatatertib Dan Integriti Tahun 2022

pena_chu

JERANTUT, 18 Ogos 2022 – Seramai 50 orang peserta telah menghadiri Kursus Pengurusan Tatatertib dan Integriti Tahun 2022 yang diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

 Kursus disampaikan oleh Puan Norbaiti Hanum binti Hedzir dari Unit Integriti, Pejabat SUK Pahang. Kursus yang diadakan selama satu hari ini bertujuan untuk memberikan pemahaman kemahiran dan pengetahuan kepada peserta mengenai pengurusan dan prosedur tindakan disiplin dan tatatertib dalam perkhidmatan awam.

 Kursus ini juga mendedahkan peserta kepada peraturan dan pelanggaran tatatertib penjawat awam serta memberi kefahaman tentang peraturan dan hukuman yang akan dikenakan.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 14 kali.


Kembali ke Atas