Berita

Kursus Pentadbiran Tanah Bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 26 November 2021 - Kursus Pentadbiran Tanah Bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diadakan selama dua hari bermula 24 hingga 25 November 2021 berlangsung dengan jayanya secara hybrid dengan mematuhi ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang telah ditetapkan. 

Seramai 58 peserta yang terdiri daripada pelbagai jawatan telah hadir di dalam kursus tersebut. Kursus telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahrizal bin Abdul Mubin dan Encik Zahar bin Sapar, Penolong Pegawai Tanah (NT36), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). 

Selama dua hari kursus, peserta telah diberikan taklimat mengenai pentadbiran tanah yang merangkumi pra, proses dan pasca pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, Hakmilik Sementara Sambungan Bagi Tanah (GSA), Hakmilik Sambungan Akibat Persempadanan Semula Daerah dan Prosedur Serah Balik dan Bermilik Semula (Seksyen 204D KTN).

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 65 kali.


Kembali ke Atas