Berita

Lawatan KDYMM Pemangku Raja Pahang ke Pusat Pemindahan Sementara Daerah Jerantut

pena_chu

JERANTUT, 07 Januari 2021 - KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Jerantut pada 6 Januari 2021 (Rabu).

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dilawati adalah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Temin, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMKA Tahap, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kota Gelanggi 1, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Pedah, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Teh, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Pulau Tawar dan juga Madrasah Sungai Salan. Baginda berkenan menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir dan kanak-kanak di PPS yang terlibat. 

Baginda juga turut menziarahi keluarga dua mangsa lemas dari Kampung Gintong di Unit Forensik Hospital Jerantut dan berkenan menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 107 kali.


Kembali ke Atas