Berita

Lawatan Penanda Aras Pejabat Daerah Dan Tanah Rompin Dan Taklimat Pelaksanaan MS ISO 9001:2015

pena_chu

JERANTUT, 04 Februari 2022 – Pejabat Daerah dan Tanah Rompin telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras ke Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut pada hari Jumaat, 4 Februari 2022. Lawatan ini telah dihadiri oleh Pegawai Daerah dan Tanah Rompin iaitu Dato’ Ahmad Nasim bin Dato’ Haji Mohd Sidek bersama 18 orang pegawai dan kakitangan.

Turut hadir Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris serta pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Objektif lawatan ini diadakan adalah sebagai persediaan untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015. Taklimat berkenaan Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah disampaikan oleh Encik Afiq bin Radzuan dengan menjelaskan secara terperinci proses Pensijilan MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Di akhir sesi lawatan, Taklimat mengenai Sistem Maklumat Rancangan Tanah Berkelompok (SMART-K) juga telah diberikan. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiizh bin Ismail, Penolong Pegawai Daerah (Pelupusan & Pembangunan Tanah), Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 34 kali.


Kembali ke Atas