Berita

Majlis Apresiasi Seindah Memori

pena_chu

JERANTUT, 27 Julai 2022 – Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairun Nissa binti Aris hadir ke Majlis Apresiasi Seindah Memori Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut di Hotel Park View, Jerantut. Majlis kali ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada  kakitangan yang telah menunjukkan  prestasi cemerlang serta yang telah bersara dan bertukar ke jabatan lain.

Seramai 10 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021. 18 orang menerima Anugerah Lama Berkhidmat (ALB), 5 orang menerima Anugerah Khas tahun 2020 dan 5 orang menerima Anugerah Khas tahun 2021.

Majlis juga turut meraikan 11 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut yang telah bertukar ke jabatan lain pada tahun 2020, 11 orang kakitangan pada tahun 2021 dan 13 orang kakitangan pada tahun 2022. Seramai 2 orang kakitangan yang telah bersara pada tahun 2021 dan 2 orang kakitangan yang telah bersara pada 2022 juga diraikan pada majlis ini.

Untuk melihat keseluruhan gambar, sila klik Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut – Posts | Facebook

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 10 kali.


Kembali ke Atas