Berita
Majlis Jasamu Dikenang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Jerantut
JERANTUT, 6 Februari 2020 - Majlis Jasamu Dikenang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 dan Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Jerantut telah diadakan serentak di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut. Turut hadir bersama ke majlis adalah Pegawai Daerah Jerantut yang baru iaitu Puan Khairun Nissa binti Aris.
Seramai 4 orang pesara dan 2 orang bakal pesara telah diraikan di dalam Majlis Jasamu Dikenang. Manakala seramai sebelas orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019 turut diraikan di dalam majlis kali ini yang terdiri daripada pelbagai unit dan bahagian di jabatan ini. Tahniah dan syabas kepada penerima APC.
Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada Mantan Pegawai Daerah Jerantut, YM. Tengku Khairul Zahirah binti Tengku Kamaludin yang telah dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Kembali ke Atas