Berita
Majlis Khatam Al-Quran 1442H, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut
JERANTUT, 6 Mei 2021 - Majlis Khatam Al-Quran 1442H telah diadakan dengan jayanya di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut. Majlis Khatam diketuai oleh Ustaz Cik Wan Anas Khusairy bin Wan Mohammed yang juga merupakan kakitangan di jabatan ini.
Di akhir majlis, penyampaian cenderahati telah diberikan kepada peserta-peserta tadarus yang disampaikan oleh Puan Khairun Nissa binti Aris, Pegawai Daerah Jerantut.
Semoga majlis tadarus dan khatam al-quran sebegini dapat diteruskan di masa akan dapat bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 68 kali.
Kembali ke Atas